HOMESTAY NORPUTEH HAUZ CORNER LOT DI SERI MANJUNG, LUMUT DAN SETIAWAN.

HOMESTAY NORPUTEH HAUZ CORNER LOT DI SERI MANJUNG, LUMUT DAN SETIAWAN.

Menu

Syarat dan Peraturan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fasa Menginap

  1. Harmonikan penginapan anda dengan situasi patuh syariah dengan tidak melakukan maksiat.
  2. Segarkan penginapan anda dengan aroma yang sihat, elakkan merokok atau menghisap vape. (Maaf duit deposit anda tidak dipulangkan sekiranya terdapat tanda-tanda merokok dan menghisap vape di dalam rumah inap)
  3. Kebersihan penginapan keutamaan bersama, elakkan mengotorkan rumah.
  4. Buah-buahan seperti durian, manggis dan buah naga akan meninggalkan warna dan bau, elakkan daripada meninggalkan aroma  yang tidak selesa dan kotoran di  dalam rumah inap.
  5. Bertanggungjawab dalam menjaga rumah inap dan diharap saling dapat menghargai kepercayaan yang diberikan.
  6. Keselamatan dan kelengkapan serta kenderaan pelanggan adalah di bawah tanggungjawab pelanggan
  7. Sila bersama mengelakkan pembaziran. Suiz-suiz kelengkapan dan peralatan serta paip air rumah diperikasa dan ditutup sebelum meninggalkan rumah.
  8. Sila tinggalkan kunci dan kad keselamatan di tempat yang disediakan sebelum anda meninggalkan rumah inap.


Fasa Tempahan

  1. Untuk membuat tempahan sila lengkapkan borang tempahan di link yang diberikan atau telefon serta whatsapp.
  2. Membuat pembayaran deposit semasa menetapkan tarikh dan pembayaran penuh sebelum memasuki ke rumah inap.
  3. Di minta memastikan tarikh tempahan dan sertakan slip transaksi sebagai bukti bayaran.
  4. Jika tiada sebarang masalah deposit akan dipulangkan sepenuhnya kepada pelanggan setelah pihak pengurusan berpuas hati dengan keadaan rumah inap.
  5. Bersama mengelakkan situasi yang melanggar norma inap yang ditetapkan seperti melanggar peraturan undang-undang negara dan lain-lain.


Pembatalan Tempahan.

  1. Sekiranya ingin membatalkan tempahan, wang deposit akan dikembalikan sepenuhnya jika pembatalan dibuat 7 hari sebelum tarikh penginapan.
  2. Pembatalan tempahan yang dibuat pada 6 hari sebelum penginapan, wang deposit hanya akan dipulangkan 50% sahaja.
  3. Bagi pembatalan yang dibuat kurang dari 48 jam sebelum tarikh penginapan, wang deposit tidak akan dipulangkan.


Terima kasih yang tidak terhingga sekiranya anda sudi memilih untuk menginap di NorPuteh Hauz Homestay dan mematuhi segala peraturan yang dinyatakan.

X