HOMESTAY
Pelengkap percutian anda!
Alami keunikan kawasan perumahan moden dikelilingi dengan hutan bakau simpan. Kawasan kejiranan berpagar dengan kawalan keselamatan menjanjikan ketenteraman penginapan anda. Kawasan yang turut berada dalam lingkungan ekopelancongan memastikan kepadatan aktiviti solo dan juga berkeluarga. Penginapan anda menjadi lebih bermakna dengan tersedianya kelengkapan rumah yang lengkap, bersih, moden dan halaman yang luas untuk menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan pertemuan bersama keluarga. Selamat datang dan nikmatilah kemudahan ini!
